Friday, August 24, 2012

SHAWL BAWAL TRIPLE TONES

CODE: SBTT21
RM18 | EACH
RM15 | MOQ 5 PCS
RM12 | MOQ 10 PCS

code | SBTT211
color | Red+Purple+Blue


code | SBTT212
color | Blue+Green Soldier+Dusky Green


code | SBTT213
color | Blue+Dark Green+Orange

code | SBTT214
color | Baby Blue+Purple+Dusky Purple

code | SBTT215
color | Baby Brown+Baby Mroon+Purple

code | SBTT216
color | Royal Blue+Blue+Baby Pink

code | SBTT217
color | Baby Grey+Grey+Black

code | SBTT218
color | Pink+Purple+Royal Blue

code | SBTT219
color | Orange+Blue Turqouise+Blue

code | SBTT2110
color | Baby Blue+Blue+Royal Blue







Thursday, July 5, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA ANAK YATIM


Memetik coretan dari smartsoleh, memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You’ seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat. Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab, tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain. Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.

Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w:

“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

Kesimpulannya, islam telah meletakkan beberapa garis panduan agar kita tidak melebih dalam menyambut atau meraikan sesuatu majlis agar tidak keterlaluan dan tidak berlakunya pembaziran. Sesuatu majlis perlulah mempunyai tujuan yang nyata dan memberikan kegembiraan kepada orang lain yang terlibat dalam majlis tersebut. Persediaan yang sederhana adalah lebih baik. Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah:

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

Sekitar sambutan majlis anak pertama saya bersama anak-anak yatim. Alhamdulillah dapatkan berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini bermain dan makan-makan.. 







Perkongsian dari muftiwp


SOALAN:

Assalamualaikum Datuk Mufti, Apakah hukum menyambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinan?


JAWAPAN:

Dalam hal ini, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan sepeti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan. Saya petik kenyataan guru kami Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain berkata: “Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha.”

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuan kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.

Justeru, marilah sama-sama kita mengikut dan melaksanakan Syariat Allah dengan sebaiknya. Semoga Allah redakan kita dalam menjalani kehidupan ini dan sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya. Amin.

Wallahua`lam.

Sunday, March 25, 2012

Tips bercuti ke PARIS

Salam.. 

I'm in Paris, Brussels, London and Amsterdam!
Enjoy my photos!!

ini fun-fair-jigsaw nie dekat dengan Eiffel Tower


with my love in Paris!
Actually I x penah terpikir nak ke Paris this year.. Ingat nak buat Europe Tour nextyear. Sebab keje punye pasal so terpaksalah pegi.. We went there in Dec 2011 (my first trip) and early Feb 2012 (hahaa second trip!)
Dua-dua trips memang sejuk.. from -4'C to 10'C.. 


I went for souvenirs shopping and my hubby jaga anak yg lena tido..

LV kat sini macam kita shopping kat MV gitu.. ramai giler orang! walaupon sale but still RM2k above =)

In Malaysia we have JPO.. kat Paris dah lama dah.. 'La Valle Village'
Amat murah OK! Dun forget to come here when you're in Paris. Very easy to get here.. naik train mcm LRT jer..

As usual lah.. my hubby punya fav shop! To buy us the HRC Tshirts!
OK.. next my trip to Brussels..London..Amsterdam..




Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file. Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice. The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.