Monday, November 11, 2019

RESEPI CHURROS GEBU RINGKAS DAN MUDAH

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari



BAHAN-BAHAN:

2-3 cawan air
2-3 sdb gula
2-3 sdb butter
2 cawan tepung gandum (diayak halus)
1 sdk esen vanila
2 biji telur Gred A
secubit garam


CARA-CARA:

  1. Didihkan air dan masukkan gula, garam dan butter. 
  2. Kacau sehingga sebati baha-bahan tadi dan perlahankan api untuk jadikan air suam dan tidak terlalu panas.
  3. Masukkan tepung ke dalam air suam tersebut dan kacau cepat-cepat sampai tepung "masak".
  4. Biarkan 5-10 minit untuk tepung yangmasak tadi sejuk. 
  5. Masukkan telur dan esen vanila serta gaul sebati bersama. 
  6. Panaskan minyak untuk menggoreng churros (boleh gunakan pipe atau DIY plastik bersih yang digunting hujungkan).
  7. Sesudah goreng, dibiarkan sejuk sebentar sebelum ditabur icing sugar. Boleh juga dimakan bersama nutella. 

RESEPI KEK KUKUS COKLAT MUDAH DAN CEPAT

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari


Bahan untuk kek:

1 mug minyak masak
1 mug susu cair
1 mug susu pekat
1 mug serbuk koko
1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
4 biji telur gred A @ B
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak kek:
  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. 
Cara – cara membuat topping:

  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
  4. Siap dan sedia untuk dimakan!Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.
THANK YOU saji.my for the recipe!


RESEPI AYAM BAKAR MASA IBU BERPANTANG MUDAH DAN CEPAT

Bahan-bahan:

Peha ayam / Kepak ayam / Dada ayam (suka hati ikut ibu pantang suka)
Serbuk kari
Garam
lada hitam (ditumbuk)
kunyit (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Lengkuas (ditumbuk)
Gaul je sebati dan perap dalam 1-2 jam

Cara-cara:

  1. Masak banyak2 nanti senang nak makan boleh panaskan je. Biarkan kulit sebab itu minyak semulajadi (kita tak pakai minyak).
  2. Masukkan dalam non-stick pan or magic pan, panas yang medium dan bakarkan ayam tadi sehingga masak.




MASAK GULAI DAGING KELANTAN GULAI KAWAH

CINTA NAN SARI

CINTA NAN SARI


Bahan-bahan:

½ kg daging lembu tempatan
6-8 biji bawang merah
2-4 ulas bawang putih
1-2 cm lengkuas
2 sudu besar biji ketumbar
2 keping asam gelugor
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3-5 biji kentang
1-2 paket kecil rempah gulai (boleh beli di Pasar Borong)
3 sudu besar kerisik
2 biji cili hijau (kalau nak tambah pedas)
2-3 sudu gula melaka
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong daging melintang urat dan nipis-nipis supaya mudah empuk. Bersihkan, kemudian toskan. 
  2. Goreng tanpa minyak biji ketumbar dan blend.
  3. Blend lengkuas, bawang merah dan bawang putih bersama ketumbar.
  4. Potong 4 or 6 ubi kentang (ikut saiz ubi kentang).
  5. Rebus daging dengan air biasa dan masukkan bahan tumbuk bersama rempah gulai, Masak sehingga naik bau.
  6. Masukkan santan cair, kentang dan asam keping dan masak sehingga daging empuk. Boleh tambah air jika mahukan lebih kuah.
  7. Masukkan santan pekat dan kecilkan api. 
  8. Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga menggelegak untuk bagi kentang empuk. jangan lupa kacau sekali sekala untuk elakkan hangit.
Nak pedas lagi boleh masukkan cili hijau selepas masak semasa nak dihidangkan!

RESEPI MUDAH DAN RINGKAS NUTTELA CREPE


Bahan-bahan:

1 cawan fresh milk 
1/2 cawan santan cair
1/4 tepung gandum
1/4 tepung jagung
1/4 tepung ubi
1/4 tepung kastard
1/2 cawan air (tambah air sikit2 untuk tepung sebati)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (size besar) / 2 biji telur (size kecil)
1 sudu kecil baking powder
garam secubit

Cara-cara:
1. Gaul semua sampai sebati dan tapis semua tepung untuk dapat crepe yang halus dan cantik. 
2. Masukkan telur yang telah dipukul sebati ke dalam tepung dan gaul.
3. Guna non-stick pan. Panaskan perlahan dan sapukan minyak denga  tisu paper secara nipis.
4. Guna senduk besar dan ceduk campuran tepung crepe tadi masukkanke dalam pan. Lenggangkan sehingga ukuran crepe sekata.
5. Tak perlu terbalikkan sebab crepe nipis mudah dan cepat masak. Ulang sampai siap.
6. Boleh sapu nuttela selang-seli dengan crepe. Ready untuk dimakan!

Thursday, November 7, 2019

Tips Mudah Temuduga Biasiswa PhD | PHD SCHOLARSHIP INTERVIEW TIPS


PHD SCHOLARSHIP INTERVIEW TIPS

Pengalaman temuduga untuk PhD scholarship
Tips mudah!


Tips to ace a PhD scholarship interview

You’ve been invited for a PhD interview? Congratulations! You finally get selected for an interview! Consider yourself lucky when the admission unit considers you appropriately qualified and academically capable of doing a PhD in their programme. 

Saya menggunakan ayat-ayat mudah bagi readers lebih faham. My experience maybe tidak sama dengan yang lain. Ada juga interviews yang saya tidak dapat. Saya juga pernah mencuba MARA Scholarship sampai ke final interview tapi tidak berjaya. Ini adalah perkongsian pengalaman untuk JPA Scholarship. Alhamdulillah I got it! Apa jua sesi interview untuk akademik adalah sama, apa yang penting adalah kita perlu berusaha. Rezeki ada di mana-mana!

Now it is time to get serious. 


Cinta Nan Sari

My girl at her school Excellence Awards Day!


How to Prepare for a PhD Interview


Applying for scholarships is extremely competitive, so it is important that you prepare for this interview. What will you be asked? Common questions as follows:

Why do you deserve this scholarship? 

Tell us about yourself.  

Why we should choose you instead of others? 

Share with us your draft proposal.



Prove that you have the right aspirations and approach to work on for three to four years. You’ll also need to make it clear that this is the right university for you! Here are general tips for preparing and during the interview:





1. JUST BE YOURSELF!



2. KNOW YOUR STUFF!




Pengalaman saya semasa attended the interview.. macam biasa ada 3 orang panel. Seorang wakil dari pihak penaja, seorang bekas penjawat awam dan seorang lagi adalah Prof Dr pensyarah (senior lecturer) dari universiti awam. Mungkin disebabkan saya memohon scholarship from government, so wakil government yang terlibat pada sesi ini. Hebat2-hebat para juri dan semuanya baik-baik belaka untuk membantu kita.. Jangan takut. Mereka yang jadi panel ni pasti telah mempunyai banyak pengalaman. Actually, sesi temuduga telah bermula apabila kita mula melangkah masuk ke bilik interview. They will know whether kita layak or not for the scholarship dengan cara kita masuk ke bilik temuduga. Pasti ada yang nervous. Ada yang kelam kabut. Ada yang yakin dan tenang serta sebagainya.. Apa yang penting adalah to be yourself dan yakin dengan diri. Itu juga yang saya buat.. saya telah memberikan yang terbaik dan seterusnya bertawakal.

Semasa sesi temuduga diadakan, saya terdetik mungin saya still dalam kategori muda. So harapan untuk berjaya mungki tidak tinggi. Lebih-lebih lagi sesi interview ini adalah untuk level PhD. Ramai yang hadir bersama saya adalah majoritinya level bos dan pegawai-pegawai berjawatan tinggi...  saya pula adalah pegawai muda yang masih dan sedang mencari peluang dalam mengejar cita-cita untuk belajar ke peringkat kedoktoran. Walau bagaimanapun, saat itu saya amat yakin dengan kertas cadangan kajian yang akan saya bentangkan kepada para panel juri..

Ini adalah pengalaman saya. Orang lain maybe mempunyai dan melalui pengalaman yang berbeza. Saya bukanlah seirang yang hebat namun saya berharap dengan perkongsian ini dapat mengurangkan rasa resah dan gelisah anda dalam menghadiri intervuew seperti ini pada masa akan datang..

Apa jua yang saya tulis ni adalah dari my personal experience dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat.

(1) Saya sediakan semua documents yang perlu untuk reference para panel, saya susun dengan kemas dan teratur bagi memudahkan para panel untuk rujuk walaupun pihak urusetia tidak menyatakan keperluan untuk menyediakan dokumen tersebut. Bagi saya ini adalah penting sebagai bukti terhadap kejayaan dan pencapaian yang telah kita capai semasa kita memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang kita bersama para panel.

(2) Sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, saya ketuk pintu terlebih dahulu dengan bunyi ketukan yang biasa (tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat). Seterusnya disusuli dengan ucapan salam dan selamat sejahtera. Ini adalah kerana terdapat seorang panel berbangsa Cina dan dua orang panel lagi adalah berbangsa Melayu. Saya akan memandang wajah-wajah para panel samada menyuruh saya duduk atau perkenalkan diri atau ters kepada pembentangan kertas cadangan kajian... Panel meminta saya untuk mengambil tempat duduk dan memperkenalkan diri.  Apabila panel minta duduk, saya membalasnya dengan ucapan terima kasih.. "Thank you, Dato". (Beliau menunjukkan riak wajah sedikit terkejut apabila saya membahsakan diri beliau dengan panggilan "Dato". Beliau bertanya, "Do you know me?" Saya mula memecahkan suasana formal tersebut dengan sesi yang lebih selesa namun tidak terlalu casual... Saya senyum dan menyatakan saya telah meminta nama-nama para panel untuk sesi saya di bilik ini dari pihak urusetia bagi memudahkan saya untuk menggunakan panggilan yang betul. Sekiranya saya tidak mengenali nama-nama mereka, maka saya hanya akan menggunaka panggilan "Tuan" atau "Sir" bagi panel lelaki dan "Puan" atau "Madam" sekiranya panel wanita yang terlibat. Semasa saya sedang menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya telah berjumpa denga pihak urusetia dan meminta kebenaran untuk mengetahui secara ringkas mengenai biodata para juri yang akan menemuduga saya. Saya dimaklumkan terdapat 3 orang panel, panel pertama merupakai pegawai tinggi kerajaan yang masih berkhidmat, panel kedua merupakan bekas pebjawat awam dan panel yang ketiga adalah pensyarah kanan dari Universiti terkemuka tempatan.

(3) First question from the panelists was about myself... "Please tell us about yourself". When they asked me in English, then automatically I responded in English. The second question was in Malay. Then I replied the said question in Bahasa Melayu. For the first question, my answer started with my working background then some summary of my education background. This is very important for me to highlight about my strength and my achievements in order for them to continue the session by asking me more about myself. Also crucial for us to inform them who we are and we are among the best candidates who were being selected for this final interview. But don't over do it! Make it very gentle and professional. More easier for me to answer if they want to know more about me. Will be definitely hard for me to explain if they wanted to know more about my research paper! 
Soalan kedua sedikit mencabar.. "kenapa kami perlu luluskan proposal paper kamu berbanding dengan peserta lain?" Saya meyusun indah Bahasa Melayu saya untuk memberi jawapan yang terbaik bagi soalan tersebut.. "Terima kasih kerana memberikan saya peluang bagi menyatakan kepentingan cadangan kertas kajian saya ini untuk diluluskan..... " Saya sememangnya bersemangat dalam berkongsi hasil kerja saya bersama para panel yang bijaksana dan arif mengenai kerja-kerja penyelidikan tersebut.. kerana bagi saya, mereka lebih memahami daripada saya yang bukan dari seorang penyelidik. Pendapat dan komen mereka amat penting bagi saya menambahbaik kertas cadangan saya tersebut sekiranya tidak berjaya pada sesi kali ini dan boleh dicuba lagi untuk sesi akan datang.

Pada pendapat saya, pengalaman bekerja selama 7-10 tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke tahap PhD adalah penting. Namun ini tidak terpakai kepada pensyarah kerana kerja seorang guru atau tenaga pengajar, mereka akan sentiasa menuntut ilmu untuk memberi yang terbaik kepada pelajar. Tetapi, bagi kita yang bekerja selain dari sebagai seorang pendidik, adalah wajar untuk kita mengetahui terlebih dahulu sedalam-dalamnya isu atau masalah yang ingin dikaji berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita semasa bekerja apabila terlibat dalam sesuatu situasi, dasar, isu, peraturan dan sebagainya. 'Problem statement" dalam kajian anda akan menjadi lebih jelas dan cerita serta hrapan terhadap permasalahan yang ingin anda bentangkan atau sampaikan adalah lahir dari hati dan pengalaman anda sebagai pemerhati terhadap sesuatu isu yang ingin dikaji.

Namun ia masih boleh diteruskan walaupun anda seorang fresh graduate atau tidak mempunyai pengalaman kerja dan selepas menamatkan sarjana terus menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Tiada halangan untuk meneruskan perjuangan ilmu dengan kerajinan dan usaha.

Komen di bawah jika inginkan sambungannya..







Tuesday, November 5, 2019

Masak Ikan Stim ala Chinese Ringkas dan Mudah

Cinta Nan Sari


Bahan-bahan:
Halia 
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Holland  
Daun Sup
Tomato
Kicap masin cair
Minyak bijan
Garam
Air perahan limau nipis 
(I guna serbuk limau je senang)
Sos ikan (Saja nak tambah)

Cara masak 5 minit!
1. Perap ikan dulu dengan air perahan limau dan kicap cair (Ikan apa2 pon sedap)
2. Masukkan semua bahan dalam ikan or susun atas ikan (ikan I dah siap potong)
3. Kukus dulu pengukus tu kasi panas then letak ikan (I guna ikan merah 3-4 ketul utk anak2)
4. Tumis bawang putih dgn minyak bijan sikit ala2 manja then simbah kat ikan baru lepas masak tu untuk wujudkan kuah sebab anak2 suka mcm tu.





Tuesday, October 29, 2019

CARA UNTUK HADAPI TOXIC PEOPLE

Toxic people ni boleh jadi macam2 orang. Kita semua manusia dan tidak sempurna. Even diri kita sendiri juga boleh jadi toxic pada orang lain jika kita tidak dapat kawal minda dan perasaan negatif dalam diri sendiri.

Sekiranya kita masih dapat mengawal diri kita dari menjadi sejenis golongan toxic people ni,  jadi itu adalah masih dalam kawalan kita. Yang tidak dapat dikawal adalah orang lain yang muncul dalam hidup kita dan jadi toxic yang menyebabkan kesan-kesan negatif pada diri kita dengan tindakan mereka. Agak sukar dikawal sekiranya kita tidak tahu cara-cara yang sesuai untuk diambil berdasarkan kekuatan diri kita sendiri. Kita tidak sama dengan orang lain. Mungkin orang lain daya ignorance mereka kuat dengan toxic people ni tetapi kita pula agak sensitif atau terlebih sensitif dan cepat terkesan.

Mereka ini terdiri daripada kawan-kawan rapat dan juga ahli keluarga terdekat. Jika orang luar atau orang yang tidak rapat dengan kita jadi toxic memang tak makan saman pun dan kita pun tidaklah terasa sangat bila terkena dengan mereka dan mungkin masih boleh dilupakan. Yang sukar diterima adalah jika toxic people tu adalah ibu kita ke, bapa kita ke, kakak, abang, adik, ibu mertua, ipar, kawan baik, kawan pejabat atau pembantu rumah! Sukar untuk percaya kan? Tetapi pasti akan ada kes-kes terpencil seperti ini berlaku. 

Diri saya sendiri, saya akan tenang dan jauhkan dari mereka ini. Wujudkan jarak dan ambil tempoh bertenang untuk tidak berjumpa atau berkomunikasi. Elakkan dalam masa terdekat ketika masih terkesan tu.. elak untuk terus jumpa atau kurangkan komunikasi. Gunakan orang tengah atau sibukkan diri dengan perkara yang lain. Tidak berbaloi untuk kita terukkan diri kita dengan masalah yang tidak sepatutnya wujud pun dalam hidup kita. Itu lah saya. Senang cakap kan? Tidak lah senang sangat tapi usaha dan kuatkan iman.. solat dan baca tafsir Al-Quran lagi aman dari terus fikirkan isu mereka yang tidak ada ruang dalam diri saya.

Irwin describes a toxic person as anyone who is abusive, unsupportive, or unhealthy emotionally—someone who basically brings you down more than up. Do you have toxic people in your life? 

Every time you encounter or hang out with them, you feel exhausted, emotionally drained, and negative. You're emotionally affected by their drama. You feel bad or ashamed about yourself.

PLEASE TIME FOR YOU TO LEARN HOW TO WALK AWAY FROM PEOPLE WHO THREATEN YOUR PIECE OF MIND!

You don't have to feel guilty to remove toxic people from your life. Assume them like clouds, when they go away or disappear from you then your day will shine. Sometimes we need to tell ourselves that some people they can stay in our heart but not in our life. 

 Remember that some people can’t be pleased and some people won’t be good for you. You can't change someone who doesn't see an issue in their actions! Until you let go of all the toxic people in your life, you will never be able to grow into your fullest potential.

 Ignore them. Move forward. Be positive and stay strong to keep on being positive.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend.”~ Abu Dawud & Al-Tirmidhi.






Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file. Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice. The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.