PHD SCHOLARSHIP INTERVIEW TIPS
Tips to ace a PhD scholarship interview
How to Prepare for a PhD Interview
Applying for scholarships is extremely competitive, so it is important that you prepare for this interview. What will you be asked? Common questions as follows:
Why do you deserve this scholarship?
Tell us about yourself.
Why we should choose you instead of others?
Share with us your draft proposal.
Pengalaman saya semasa attended the interview.. macam biasa ada 3 orang panel. Seorang wakil dari pihak penaja, seorang bekas penjawat awam dan seorang lagi adalah Prof Dr pensyarah (senior lecturer) dari universiti awam. Mungkin disebabkan saya memohon scholarship from government, so wakil government yang terlibat pada sesi ini. Hebat2-hebat para juri dan semuanya baik-baik belaka untuk membantu kita.. Jangan takut. Mereka yang jadi panel ni pasti telah mempunyai banyak pengalaman. Actually, sesi temuduga telah bermula apabila kita mula melangkah masuk ke bilik interview. They will know whether kita layak or not for the scholarship dengan cara kita masuk ke bilik temuduga. Pasti ada yang nervous. Ada yang kelam kabut. Ada yang yakin dan tenang serta sebagainya.. Apa yang penting adalah to be yourself dan yakin dengan diri. Itu juga yang saya buat.. saya telah memberikan yang terbaik dan seterusnya bertawakal.
Semasa sesi temuduga diadakan, saya terdetik mungin saya still dalam kategori muda. So harapan untuk berjaya mungki tidak tinggi. Lebih-lebih lagi sesi interview ini adalah untuk level PhD. Ramai yang hadir bersama saya adalah majoritinya level bos dan pegawai-pegawai berjawatan tinggi... saya pula adalah pegawai muda yang masih dan sedang mencari peluang dalam mengejar cita-cita untuk belajar ke peringkat kedoktoran. Walau bagaimanapun, saat itu saya amat yakin dengan kertas cadangan kajian yang akan saya bentangkan kepada para panel juri..
Ini adalah pengalaman saya. Orang lain maybe mempunyai dan melalui pengalaman yang berbeza. Saya bukanlah seirang yang hebat namun saya berharap dengan perkongsian ini dapat mengurangkan rasa resah dan gelisah anda dalam menghadiri intervuew seperti ini pada masa akan datang..
Apa jua yang saya tulis ni adalah dari my personal experience dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat.
(1) Saya sediakan semua documents yang perlu untuk reference para panel, saya susun dengan kemas dan teratur bagi memudahkan para panel untuk rujuk walaupun pihak urusetia tidak menyatakan keperluan untuk menyediakan dokumen tersebut. Bagi saya ini adalah penting sebagai bukti terhadap kejayaan dan pencapaian yang telah kita capai semasa kita memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang kita bersama para panel.
(2) Sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, saya ketuk pintu terlebih dahulu dengan bunyi ketukan yang biasa (tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat). Seterusnya disusuli dengan ucapan salam dan selamat sejahtera. Ini adalah kerana terdapat seorang panel berbangsa Cina dan dua orang panel lagi adalah berbangsa Melayu. Saya akan memandang wajah-wajah para panel samada menyuruh saya duduk atau perkenalkan diri atau ters kepada pembentangan kertas cadangan kajian... Panel meminta saya untuk mengambil tempat duduk dan memperkenalkan diri. Apabila panel minta duduk, saya membalasnya dengan ucapan terima kasih.. "Thank you, Dato". (Beliau menunjukkan riak wajah sedikit terkejut apabila saya membahsakan diri beliau dengan panggilan "Dato". Beliau bertanya, "Do you know me?" Saya mula memecahkan suasana formal tersebut dengan sesi yang lebih selesa namun tidak terlalu casual... Saya senyum dan menyatakan saya telah meminta nama-nama para panel untuk sesi saya di bilik ini dari pihak urusetia bagi memudahkan saya untuk menggunakan panggilan yang betul. Sekiranya saya tidak mengenali nama-nama mereka, maka saya hanya akan menggunaka panggilan "Tuan" atau "Sir" bagi panel lelaki dan "Puan" atau "Madam" sekiranya panel wanita yang terlibat. Semasa saya sedang menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya telah berjumpa denga pihak urusetia dan meminta kebenaran untuk mengetahui secara ringkas mengenai biodata para juri yang akan menemuduga saya. Saya dimaklumkan terdapat 3 orang panel, panel pertama merupakai pegawai tinggi kerajaan yang masih berkhidmat, panel kedua merupakan bekas pebjawat awam dan panel yang ketiga adalah pensyarah kanan dari Universiti terkemuka tempatan.
(3) First question from the panelists was about myself... "Please tell us about yourself". When they asked me in English, then automatically I responded in English. The second question was in Malay. Then I replied the said question in Bahasa Melayu. For the first question, my answer started with my working background then some summary of my education background. This is very important for me to highlight about my strength and my achievements in order for them to continue the session by asking me more about myself. Also crucial for us to inform them who we are and we are among the best candidates who were being selected for this final interview. But don't over do it! Make it very gentle and professional. More easier for me to answer if they want to know more about me. Will be definitely hard for me to explain if they wanted to know more about my research paper! Soalan kedua sedikit mencabar.. "kenapa kami perlu luluskan proposal paper kamu berbanding dengan peserta lain?" Saya meyusun indah Bahasa Melayu saya untuk memberi jawapan yang terbaik bagi soalan tersebut.. "Terima kasih kerana memberikan saya peluang bagi menyatakan kepentingan cadangan kertas kajian saya ini untuk diluluskan..... " Saya sememangnya bersemangat dalam berkongsi hasil kerja saya bersama para panel yang bijaksana dan arif mengenai kerja-kerja penyelidikan tersebut.. kerana bagi saya, mereka lebih memahami daripada saya yang bukan dari seorang penyelidik. Pendapat dan komen mereka amat penting bagi saya menambahbaik kertas cadangan saya tersebut sekiranya tidak berjaya pada sesi kali ini dan boleh dicuba lagi untuk sesi akan datang.
Pada pendapat saya, pengalaman bekerja selama 7-10 tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke tahap PhD adalah penting. Namun ini tidak terpakai kepada pensyarah kerana kerja seorang guru atau tenaga pengajar, mereka akan sentiasa menuntut ilmu untuk memberi yang terbaik kepada pelajar. Tetapi, bagi kita yang bekerja selain dari sebagai seorang pendidik, adalah wajar untuk kita mengetahui terlebih dahulu sedalam-dalamnya isu atau masalah yang ingin dikaji berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita semasa bekerja apabila terlibat dalam sesuatu situasi, dasar, isu, peraturan dan sebagainya. 'Problem statement" dalam kajian anda akan menjadi lebih jelas dan cerita serta hrapan terhadap permasalahan yang ingin anda bentangkan atau sampaikan adalah lahir dari hati dan pengalaman anda sebagai pemerhati terhadap sesuatu isu yang ingin dikaji.
Namun ia masih boleh diteruskan walaupun anda seorang fresh graduate atau tidak mempunyai pengalaman kerja dan selepas menamatkan sarjana terus menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Tiada halangan untuk meneruskan perjuangan ilmu dengan kerajinan dan usaha.
Komen di bawah jika inginkan sambungannya..