Showing posts with label Recipe Resepi. Show all posts
Showing posts with label Recipe Resepi. Show all posts

Monday, November 11, 2019

RESEPI CHURROS GEBU RINGKAS DAN MUDAH

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari



BAHAN-BAHAN:

2-3 cawan air
2-3 sdb gula
2-3 sdb butter
2 cawan tepung gandum (diayak halus)
1 sdk esen vanila
2 biji telur Gred A
secubit garam


CARA-CARA:

  1. Didihkan air dan masukkan gula, garam dan butter. 
  2. Kacau sehingga sebati baha-bahan tadi dan perlahankan api untuk jadikan air suam dan tidak terlalu panas.
  3. Masukkan tepung ke dalam air suam tersebut dan kacau cepat-cepat sampai tepung "masak".
  4. Biarkan 5-10 minit untuk tepung yangmasak tadi sejuk. 
  5. Masukkan telur dan esen vanila serta gaul sebati bersama. 
  6. Panaskan minyak untuk menggoreng churros (boleh gunakan pipe atau DIY plastik bersih yang digunting hujungkan).
  7. Sesudah goreng, dibiarkan sejuk sebentar sebelum ditabur icing sugar. Boleh juga dimakan bersama nutella. 

RESEPI KEK KUKUS COKLAT MUDAH DAN CEPAT

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari


Bahan untuk kek:

1 mug minyak masak
1 mug susu cair
1 mug susu pekat
1 mug serbuk koko
1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
4 biji telur gred A @ B
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak kek:
  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. 
Cara – cara membuat topping:

  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
  4. Siap dan sedia untuk dimakan!Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.
THANK YOU saji.my for the recipe!


RESEPI AYAM BAKAR MASA IBU BERPANTANG MUDAH DAN CEPAT

Bahan-bahan:

Peha ayam / Kepak ayam / Dada ayam (suka hati ikut ibu pantang suka)
Serbuk kari
Garam
lada hitam (ditumbuk)
kunyit (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Lengkuas (ditumbuk)
Gaul je sebati dan perap dalam 1-2 jam

Cara-cara:

  1. Masak banyak2 nanti senang nak makan boleh panaskan je. Biarkan kulit sebab itu minyak semulajadi (kita tak pakai minyak).
  2. Masukkan dalam non-stick pan or magic pan, panas yang medium dan bakarkan ayam tadi sehingga masak.




MASAK GULAI DAGING KELANTAN GULAI KAWAH

CINTA NAN SARI

CINTA NAN SARI


Bahan-bahan:

½ kg daging lembu tempatan
6-8 biji bawang merah
2-4 ulas bawang putih
1-2 cm lengkuas
2 sudu besar biji ketumbar
2 keping asam gelugor
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3-5 biji kentang
1-2 paket kecil rempah gulai (boleh beli di Pasar Borong)
3 sudu besar kerisik
2 biji cili hijau (kalau nak tambah pedas)
2-3 sudu gula melaka
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong daging melintang urat dan nipis-nipis supaya mudah empuk. Bersihkan, kemudian toskan. 
  2. Goreng tanpa minyak biji ketumbar dan blend.
  3. Blend lengkuas, bawang merah dan bawang putih bersama ketumbar.
  4. Potong 4 or 6 ubi kentang (ikut saiz ubi kentang).
  5. Rebus daging dengan air biasa dan masukkan bahan tumbuk bersama rempah gulai, Masak sehingga naik bau.
  6. Masukkan santan cair, kentang dan asam keping dan masak sehingga daging empuk. Boleh tambah air jika mahukan lebih kuah.
  7. Masukkan santan pekat dan kecilkan api. 
  8. Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga menggelegak untuk bagi kentang empuk. jangan lupa kacau sekali sekala untuk elakkan hangit.
Nak pedas lagi boleh masukkan cili hijau selepas masak semasa nak dihidangkan!

RESEPI MUDAH DAN RINGKAS NUTTELA CREPE


Bahan-bahan:

1 cawan fresh milk 
1/2 cawan santan cair
1/4 tepung gandum
1/4 tepung jagung
1/4 tepung ubi
1/4 tepung kastard
1/2 cawan air (tambah air sikit2 untuk tepung sebati)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (size besar) / 2 biji telur (size kecil)
1 sudu kecil baking powder
garam secubit

Cara-cara:
1. Gaul semua sampai sebati dan tapis semua tepung untuk dapat crepe yang halus dan cantik. 
2. Masukkan telur yang telah dipukul sebati ke dalam tepung dan gaul.
3. Guna non-stick pan. Panaskan perlahan dan sapukan minyak denga  tisu paper secara nipis.
4. Guna senduk besar dan ceduk campuran tepung crepe tadi masukkanke dalam pan. Lenggangkan sehingga ukuran crepe sekata.
5. Tak perlu terbalikkan sebab crepe nipis mudah dan cepat masak. Ulang sampai siap.
6. Boleh sapu nuttela selang-seli dengan crepe. Ready untuk dimakan!

Tuesday, November 5, 2019

Masak Ikan Stim ala Chinese Ringkas dan Mudah

Cinta Nan Sari


Bahan-bahan:
Halia 
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Holland  
Daun Sup
Tomato
Kicap masin cair
Minyak bijan
Garam
Air perahan limau nipis 
(I guna serbuk limau je senang)
Sos ikan (Saja nak tambah)

Cara masak 5 minit!
1. Perap ikan dulu dengan air perahan limau dan kicap cair (Ikan apa2 pon sedap)
2. Masukkan semua bahan dalam ikan or susun atas ikan (ikan I dah siap potong)
3. Kukus dulu pengukus tu kasi panas then letak ikan (I guna ikan merah 3-4 ketul utk anak2)
4. Tumis bawang putih dgn minyak bijan sikit ala2 manja then simbah kat ikan baru lepas masak tu untuk wujudkan kuah sebab anak2 suka mcm tu.





Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file. Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice. The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.