1 MAC 2020: SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
RINGKASAN:
- 1 Mac 2020 sehingga pukul 12 tengah hari: Jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.
- Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).
- Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang.
MESYUARAT PENGURUSAN KES DISYAKI DAN PESAKIT BAGI COVID-19 DI HOSPITAL DAN KLINIK SWASTA
- Mesyuarat pengurusan kes disyaki dan pesakit COVID-19 di hospital dan klinik swasta telah diadakan di peringkat kebangsaan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman pengamal perubatan swasta kepada situasi COVID-19 terkini di peringkat global dan di Malaysia.
- Pihak pengamal swasta perlu bersedia dengan kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi situasi COVID-19 yang di luar jangka. Pihak fasiliti kesihatan swasta termasuk hospital, klinik dan makmal swasta, memainkan peranan amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan berada di tahap maksima dalam menangani kejadian jangkitan COVID-19 ini.
- Sesi ‘engagement’ seperti ini adalah amat penting bagi membolehkan maklumat yang tepat dan jelas disampaikan kepada semua pihak yang terlibat.
- Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, semua anggota di setiap peringkat fasiliti kesihatan adalah diingatkan untuk sentiasa melaksanakan langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi (infection prevention and control) yang optimum pada setiap masa.
No comments:
Post a Comment