Monday, April 6, 2020

CORONAVIRUS IN MALAYSIA: JANUARI 2020


Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

Sejak timbulnya kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang sebelum ini dikenali sebagai novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, Kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkara ini, sila lawati laman-laman web berikut:

(SUMBER: PMO MALAYSIA)





16 JAN 2020: KESIAPSIAGAAN DAN RESPONS KKM DALAM MENGHADAPI POTENSI PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS, WUHAN, CHINA 

(SUMBER: MOH)


RINGKASAN:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak novel coronavirus yang dilaporkan di Wuhan, China. 
  • 31 Disember 2019: China telah melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, melibatkan masyarakat setempat di Wuhan, China. 
  • 5 Januari 2020: China telah melaporkan kepada WHO bahawa jangkitan tersebut bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).
  • 12 Januari 2020: WHO telah mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, China ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu (novel coronavirus). Coronavirus baharu (novel coronavirus) adalah mana- mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia. Cara jangkitan dan cara penularan novel coronavirus ini adalah masih dalam siasatan. Sehingga kini, sebanyak 41 kes radang paru-paru (pneumonia) yang dilaporkan di Wuhan, China adalah positif novel coronavirus, dan daripada jumlah itu, satu (1) kematian telah dilaporkan dengan tujuh (7) kes berada dalam keadaan yang kritikal, dan kes-kes lain adalah stabil. Kes kematian yang dilaporkan di Wuhan, China ini merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun dan mempunyai beberapa masalah kesihatan kronik yang lain (severe underlying medical conditions). Pihak WHO juga memaklumkan buat masa ini, tiada penularan yang berterusan di kalangan manusia (no sustained human-to-human transmission) dilaporkan. 
  • 13 Januari 2020: Thailand telah melaporkan kes import pertama novel coronavirus ini. Kes merupakan seorang wanita yang berasal dari Wuhan, China yang dikesan dengan gejala demam dan jangkitan radang paru-paru (pneumonia). Pesakit berada dalam keadaan stabil. WHO memaklumkan bahawa insiden ini sedang dipantau rapi oleh mereka, Walau bagaimanapun, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan untuk pergi ke negara yang terlibat. 
  • 16 Januari 2020: Berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan, buat masa ini, tiada kes yang disyaki novel coronavirus dilaporkan di KKM. KKM ingin menegaskan bahawa situasi jangkitan influenza yang dilaporkan di Malaysia sekarang ini tiada kaitan dengan kejadian novel coronavirus di Wuhan, China dan situasi influenza adalah terkawal. KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit radang paru-paru ini dan sebarang perkembangan daripada pihak WHO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. 

LANGKAH-LANGKAH KESIAPSAGAAN OLEH KKM MALAYSIA:



Antara langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah dan terus dilaksanakan bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini adalah:
  • Anggota KKM di semua peringkat termasuk Pintu Masuk Antarabangsa Negara dimaklumkan berkaitan kejadian kluster ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi;
  • Memberi penekanan dan memperkukuhkan aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota-anggota yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara; 
  • Pengembara yang dikesan mengalami demam dan bergejala, pemeriksaan akan dilakukan semula di pusat kuarantin kesihatan atau tempat pemeriksaan yang terletak di Pintu Masuk Antarabangsa Negara; 
  • Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes-kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi; 
  • eseorang yang mengalami gejala penyakit respiratori akut dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Wuhan, China, dinasihatkan agar pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan; 
  • Sekiranya terdapat kes disyaki yang dikesan dari mana-mana fasiliti kesihatan, kes perlu dilaporkan / dinotifikasi dengan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM;
  • Memperkukuhkan keupayaan bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan novel coronavirus. Untuk makluman, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) merupakan makmal sedia ada yang berkeupayaan untuk menjalankan ujian tersebut; 
  • Anggota KKM dinasihatkan untuk menggunakan personal protective equipment (PPE) dan simpanan stok (stockpile) bagi PPE serta ubat-ubatan bagi menghadapi wabak perlu dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasilti kesihatan masing-masing; dan 
  • KKM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua agensi yang berkaitan secara berterusan bagi memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons KKM bagi menghadapi potensi penularan jangkitan dalam Malaysia. 

PETIKAN DARI KENYATAAN AKHBAR OLEH:
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 JANUARI 2020


No comments:

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file. Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice. The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.