Bahan untuk kek:
1 mug minyak masak
1 mug susu cair
1 mug susu pekat
1 mug serbuk koko
1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
4 biji telur gred A @ B
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.
Bahan untuk topping:
4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu cair.
Cara – cara memasak kek:
- Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
- Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
- Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
- Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
- Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
- Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak.
Cara – cara membuat topping:
- Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
- Kacau sehingga sebati.
- Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
- Siap dan sedia untuk dimakan!Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.
No comments:
Post a Comment