Sekiranya kita masih dapat mengawal diri kita dari menjadi sejenis golongan toxic people ni, jadi itu adalah masih dalam kawalan kita. Yang tidak dapat dikawal adalah orang lain yang muncul dalam hidup kita dan jadi toxic yang menyebabkan kesan-kesan negatif pada diri kita dengan tindakan mereka. Agak sukar dikawal sekiranya kita tidak tahu cara-cara yang sesuai untuk diambil berdasarkan kekuatan diri kita sendiri. Kita tidak sama dengan orang lain. Mungkin orang lain daya ignorance mereka kuat dengan toxic people ni tetapi kita pula agak sensitif atau terlebih sensitif dan cepat terkesan.
Mereka ini terdiri daripada kawan-kawan rapat dan juga ahli keluarga terdekat. Jika orang luar atau orang yang tidak rapat dengan kita jadi toxic memang tak makan saman pun dan kita pun tidaklah terasa sangat bila terkena dengan mereka dan mungkin masih boleh dilupakan. Yang sukar diterima adalah jika toxic people tu adalah ibu kita ke, bapa kita ke, kakak, abang, adik, ibu mertua, ipar, kawan baik, kawan pejabat atau pembantu rumah! Sukar untuk percaya kan? Tetapi pasti akan ada kes-kes terpencil seperti ini berlaku.
Diri saya sendiri, saya akan tenang dan jauhkan dari mereka ini. Wujudkan jarak dan ambil tempoh bertenang untuk tidak berjumpa atau berkomunikasi. Elakkan dalam masa terdekat ketika masih terkesan tu.. elak untuk terus jumpa atau kurangkan komunikasi. Gunakan orang tengah atau sibukkan diri dengan perkara yang lain. Tidak berbaloi untuk kita terukkan diri kita dengan masalah yang tidak sepatutnya wujud pun dalam hidup kita. Itu lah saya. Senang cakap kan? Tidak lah senang sangat tapi usaha dan kuatkan iman.. solat dan baca tafsir Al-Quran lagi aman dari terus fikirkan isu mereka yang tidak ada ruang dalam diri saya.
Irwin describes a toxic person as anyone who is abusive, unsupportive, or unhealthy emotionally—someone who basically brings you down more than up. Do you have toxic people in your life?
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend.”~ Abu Dawud & Al-Tirmidhi.