Memetik coretan dari
smartsoleh, memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You’ seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat. Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab, tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain. Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.
Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
Kesimpulannya, islam telah meletakkan beberapa garis panduan agar kita tidak melebih dalam menyambut atau meraikan sesuatu majlis agar tidak keterlaluan dan tidak berlakunya pembaziran. Sesuatu majlis perlulah mempunyai tujuan yang nyata dan memberikan kegembiraan kepada orang lain yang terlibat dalam majlis tersebut. Persediaan yang sederhana adalah lebih baik. Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah:
“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
Sekitar sambutan majlis anak pertama saya bersama anak-anak yatim. Alhamdulillah dapatkan berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini bermain dan makan-makan..
SOALAN:
Assalamualaikum Datuk Mufti, Apakah hukum menyambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinan?
JAWAPAN:
Dalam hal ini, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan sepeti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan. Saya petik kenyataan guru kami Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain berkata: “Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha.”
Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.
Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuan kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.
Justeru, marilah sama-sama kita mengikut dan melaksanakan Syariat Allah dengan sebaiknya. Semoga Allah redakan kita dalam menjalani kehidupan ini dan sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya. Amin.
Wallahua`lam.
1 comment:
salam.
nk tny, yg kaler green and black msh available x? sy sbrnya x faham sgt cara pembelian.sy isi form then trus byr or pihak awak kena confirmkn shawls tu msh available or x then br sy bole beli?
Post a Comment