Monday, April 6, 2020

CORONAVIRUS IN MALAYSIA: APRIL 2020


5 APRIL 2020: SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA






CORONAVIRUS IN MALAYSIA: MAC 2020


1 MAC 2020: SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

RINGKASAN:
  • 1 Mac 2020 sehingga pukul 12 tengah hari: Jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 29 kes; iaitu tujuh belas (17) orang dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), sepuluh (10) orang dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan. 
  • Dari jumlah tersebut, lima belas (15) orang adalah warganegara China, sebelas (11) orang adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali). 
  • Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj – menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh (7) orang. 

MESYUARAT PENGURUSAN KES DISYAKI DAN PESAKIT BAGI COVID-19 DI HOSPITAL DAN KLINIK SWASTA 

  • Mesyuarat pengurusan kes disyaki dan pesakit COVID-19 di hospital dan klinik swasta telah diadakan di peringkat kebangsaan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman pengamal perubatan swasta kepada situasi COVID-19 terkini di peringkat global dan di Malaysia. 
  • Pihak pengamal swasta perlu bersedia dengan kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi situasi COVID-19 yang di luar jangka. Pihak fasiliti kesihatan swasta termasuk hospital, klinik dan makmal swasta, memainkan peranan amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan berada di tahap maksima dalam menangani kejadian jangkitan COVID-19 ini. 
  • Sesi ‘engagement’ seperti ini adalah amat penting bagi membolehkan maklumat yang tepat dan jelas disampaikan kepada semua pihak yang terlibat. 
  • Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, semua anggota di setiap peringkat fasiliti kesihatan adalah diingatkan untuk sentiasa melaksanakan langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi (infection prevention and control) yang optimum pada setiap masa.

CORONAVIRUS IN MALAYSIA: FEBRUARI 2020

3 FEB 2020: SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV) DI MALAYSIA


RINGKASAN:

  • 10 Januari - 3 Februari 2020 jam 12:00 tengahari: TIADA pertambahan kes positif 2019-nCoV. Jumlah kumulatif kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) yang dilaporkan kekal lapan (8) kes; iaitu tiga (3) kes yang terdahulu dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima (5) kes dalam kalangan kontak rapat. Kesemua kes positif 2019- nCoV ini adalah warganegara China. 
  • 3 Februari 2020 jam 12:00 tengahari: Jumlah kumulatif kes PUI bagi 2019-nCoV adalah 192 orang; di mana 105 orang warganegara Malaysia, 82 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Australia, Republik Korea, Jordan, Brazil dan Thailand. Tiga (3) kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 173 kes negatif dan 16 masih menunggu keputusan makmal. Kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV kekal seramai 32 orang. Daripada jumlah ini, seramai lima (5) kes telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh (4) dan Hospital Permai (1). Kesemua kes ini adalah dalam keadaan stabil. Manakala ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lain didapati negatif jangkitan 2019-nCoV. 
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KKM MALAYSIA:



Misi Bantuan 
Kemanusiaan diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), AirAsia, Malaysia Airport Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain agensi. 

Dalam usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan, China ke tanah air melalui misi tersebut – KKM akan memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipatuhi sepenuhnya pada setiap masa dalam melaksanakan misi ini. Misi tersebut terbahagi kepada empat (4) fasa, iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa misi membawa pulang, ketibaan di tanah air dan seterusnya kemasukan semua individu yang terlibat ke Pusat Pemantauan yang dikenapasti. 

Mereka yang akan dibawa pulang hanyalah mereka yang didapati sihat setelah melalui saringan kesihatan (exit screening) yang akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Negara China di Lapangan Terbang Antrabangsa Wuhan Tianhe. Mereka yang didapati bergejala akan dibawa ke fasiliti kesihatan di Wuhan untuk menerima rawatan selanjutnya. 

Seterusnya pada fasa ketibaan, pesawat yang membawa pulang rakyat Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bagaimanapun, kesemua penumpang tidak akan memasuki bangunan terminal KLIA. Mereka akan turun dari pesawat dan terus menaiki bas khas yang seterusnya akan membawa mereka ke bangunan Air Disaster Unit (ADU) untuk proses dikontaminasi dan saringan kesihatan (entry screening). 

Mereka yang didapati bergejala akan dibawa terus ke hospital rujukan 2019-nCoV manakala mereka yang tidak bergejala akan dibawa ke Pusat Pemantauan. Mereka hanya akan dibenarkan untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas disahkan sihat dan didapati negatif jangkitan 2019-nCoV. 

KKM ingin memohon semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan misi ini berjalan lancar dan keselamatan semua yang dibawa pulang dari Wuhan serta pasukan misi dan krew terlibat.





CORONAVIRUS IN MALAYSIA: JANUARI 2020


Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)

Sejak timbulnya kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang sebelum ini dikenali sebagai novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, Kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkara ini, sila lawati laman-laman web berikut:

(SUMBER: PMO MALAYSIA)





16 JAN 2020: KESIAPSIAGAAN DAN RESPONS KKM DALAM MENGHADAPI POTENSI PENULARAN NOVEL CORONAVIRUS, WUHAN, CHINA 

(SUMBER: MOH)


RINGKASAN:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak novel coronavirus yang dilaporkan di Wuhan, China. 
  • 31 Disember 2019: China telah melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, melibatkan masyarakat setempat di Wuhan, China. 
  • 5 Januari 2020: China telah melaporkan kepada WHO bahawa jangkitan tersebut bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).
  • 12 Januari 2020: WHO telah mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, China ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu (novel coronavirus). Coronavirus baharu (novel coronavirus) adalah mana- mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia. Cara jangkitan dan cara penularan novel coronavirus ini adalah masih dalam siasatan. Sehingga kini, sebanyak 41 kes radang paru-paru (pneumonia) yang dilaporkan di Wuhan, China adalah positif novel coronavirus, dan daripada jumlah itu, satu (1) kematian telah dilaporkan dengan tujuh (7) kes berada dalam keadaan yang kritikal, dan kes-kes lain adalah stabil. Kes kematian yang dilaporkan di Wuhan, China ini merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun dan mempunyai beberapa masalah kesihatan kronik yang lain (severe underlying medical conditions). Pihak WHO juga memaklumkan buat masa ini, tiada penularan yang berterusan di kalangan manusia (no sustained human-to-human transmission) dilaporkan. 
  • 13 Januari 2020: Thailand telah melaporkan kes import pertama novel coronavirus ini. Kes merupakan seorang wanita yang berasal dari Wuhan, China yang dikesan dengan gejala demam dan jangkitan radang paru-paru (pneumonia). Pesakit berada dalam keadaan stabil. WHO memaklumkan bahawa insiden ini sedang dipantau rapi oleh mereka, Walau bagaimanapun, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan untuk pergi ke negara yang terlibat. 
  • 16 Januari 2020: Berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan, buat masa ini, tiada kes yang disyaki novel coronavirus dilaporkan di KKM. KKM ingin menegaskan bahawa situasi jangkitan influenza yang dilaporkan di Malaysia sekarang ini tiada kaitan dengan kejadian novel coronavirus di Wuhan, China dan situasi influenza adalah terkawal. KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit radang paru-paru ini dan sebarang perkembangan daripada pihak WHO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. 

LANGKAH-LANGKAH KESIAPSAGAAN OLEH KKM MALAYSIA:



Antara langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah dan terus dilaksanakan bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini adalah:
  • Anggota KKM di semua peringkat termasuk Pintu Masuk Antarabangsa Negara dimaklumkan berkaitan kejadian kluster ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi;
  • Memberi penekanan dan memperkukuhkan aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota-anggota yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara; 
  • Pengembara yang dikesan mengalami demam dan bergejala, pemeriksaan akan dilakukan semula di pusat kuarantin kesihatan atau tempat pemeriksaan yang terletak di Pintu Masuk Antarabangsa Negara; 
  • Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes-kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi; 
  • eseorang yang mengalami gejala penyakit respiratori akut dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Wuhan, China, dinasihatkan agar pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan; 
  • Sekiranya terdapat kes disyaki yang dikesan dari mana-mana fasiliti kesihatan, kes perlu dilaporkan / dinotifikasi dengan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM;
  • Memperkukuhkan keupayaan bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan novel coronavirus. Untuk makluman, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) merupakan makmal sedia ada yang berkeupayaan untuk menjalankan ujian tersebut; 
  • Anggota KKM dinasihatkan untuk menggunakan personal protective equipment (PPE) dan simpanan stok (stockpile) bagi PPE serta ubat-ubatan bagi menghadapi wabak perlu dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasilti kesihatan masing-masing; dan 
  • KKM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua agensi yang berkaitan secara berterusan bagi memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons KKM bagi menghadapi potensi penularan jangkitan dalam Malaysia. 

PETIKAN DARI KENYATAAN AKHBAR OLEH:
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 JANUARI 2020


Thursday, January 30, 2020

TIPS KURUS BADAN SIHAT TANPA PRODUK TANPA BAYARAN (PART 2)


– Satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)
– Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)
– Separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)
– Satu ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)


Image result for food diet plate plan  Image result for food diet plate plan"
Source: My Healthy Plate


6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam
8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air
10 am: teh hijau + 1 gelas air
2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air
4 pm: kopi + 1 gelas air
6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air
8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air

Image

TIPS KURUS BADAN SIHAT TANPA PRODUK TANPA BAYARAN (PART 1)

Pening makan sedap tapi nak jaga berat badan pada masa yang sama? Ada nak kurus sebab kesihatan dan pastinya nak kurus untuk lebih berpenampilan cantik.

Image result for shoes for jogging


Cantik untuk suami. Cantik untuk isteri. Yang penting cantik dan sihat untuk kepuasan dan keyakinan diri sendiri. 

Tolong jangan mudah percaya dengan produk kurus di sosial media sekarang yang menyatakan KURUS TANPA BERSENAM, KURUS MAKAN PIL, KURUS BANCUH AIR DAN KURUS SIGN UP GYM PACKAGE YANG RATUSAN DAN RIBUAN PUN ADA! Walaupun ada yang mendapat kelulusan KKM sekali pun.. tidak ada kajian yang bagitau pil sekat karbohidrat, pil sekat lemak, pil stop nafsu makan bla bla bla.. 


Image result for kkm nasihat pil kurus

Saya juga pernah menghadapi isu yang sama. Memandangkan saya sedang cuti belajar dan banyak terlibat dalam research papers and journal articles review, jadi saya terfikir untuk berkongsi tips kurus secara sihat bersama para pembaca blog saya. Definisi kurus di sini adalah mengikut BMI.

PERCUMA!! Tiada program tiada bayaran tiada pakej bla bla bla.. TIPS BADAN SIHAT ini hanya dengan kata kunci DISIPLIN DIRI. Mahu lebih info? Tinggalkan email anda di sini:


>>>>>>> SUBSCRIBE HERE! >>>>>>>>>>


Tak perlu diet dan berlapar.

Tak perlu kuat bersenam.

Tak perlu beli produk kuruskan badan.

InshaAllah about 2 weeks - 4 weeks pasti akan nampak perubahan pada badan anda! Mahu lebih sihat? Mahu lebih aktif? Mahu pakai baju nampak segak dan berpenampilan yang meyakinkan?

TIPS BADAN SIHAT ini hanya dengan kata kunci DISIPLIN DIRI. Mahu lebih info? Tinggalkan email anda di sini untuk kami emelkan jadual bersenam mudah dan amalan permakanan yang sihat dan betul tanpa menyeksa diri dan membuang duit anda!

How To Make an Easy Side lncome? Side Income Mudah!

Easiest way to do an online business even we have nothing to sell by using your email!
How to make RM1,000 a day using your email address?
After watching Anik free videos reveal, I'm sharing with you today!

Building a business with no product and start with just commission!!

4.6+ BILLION email addresses

66% purchased a product because of an email!

72% prefer email for communication from businesses

RM1 (spent)  =====>> RM38 (avg. ROI)

Follow me here for more info and video sharing!

>>>>>>> SUBSCRIBE HERE! >>>>>>>>>>

Email marketing is the easiest business. Even without product development, you can make incomes by simply promoting other people's work!


Monday, January 6, 2020

BERSUGI = BERSIWAK = membersihkan mulut dan gigi

Monday, November 11, 2019

RESEPI CHURROS GEBU RINGKAS DAN MUDAH

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari



BAHAN-BAHAN:

2-3 cawan air
2-3 sdb gula
2-3 sdb butter
2 cawan tepung gandum (diayak halus)
1 sdk esen vanila
2 biji telur Gred A
secubit garam


CARA-CARA:

  1. Didihkan air dan masukkan gula, garam dan butter. 
  2. Kacau sehingga sebati baha-bahan tadi dan perlahankan api untuk jadikan air suam dan tidak terlalu panas.
  3. Masukkan tepung ke dalam air suam tersebut dan kacau cepat-cepat sampai tepung "masak".
  4. Biarkan 5-10 minit untuk tepung yangmasak tadi sejuk. 
  5. Masukkan telur dan esen vanila serta gaul sebati bersama. 
  6. Panaskan minyak untuk menggoreng churros (boleh gunakan pipe atau DIY plastik bersih yang digunting hujungkan).
  7. Sesudah goreng, dibiarkan sejuk sebentar sebelum ditabur icing sugar. Boleh juga dimakan bersama nutella. 

RESEPI KEK KUKUS COKLAT MUDAH DAN CEPAT

Cinta Nan Sari

Cinta Nan Sari


Bahan untuk kek:

1 mug minyak masak
1 mug susu cair
1 mug susu pekat
1 mug serbuk koko
1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
4 biji telur gred A @ B
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak kek:
  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. 
Cara – cara membuat topping:

  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
  4. Siap dan sedia untuk dimakan!Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.
THANK YOU saji.my for the recipe!


RESEPI AYAM BAKAR MASA IBU BERPANTANG MUDAH DAN CEPAT

Bahan-bahan:

Peha ayam / Kepak ayam / Dada ayam (suka hati ikut ibu pantang suka)
Serbuk kari
Garam
lada hitam (ditumbuk)
kunyit (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Lengkuas (ditumbuk)
Gaul je sebati dan perap dalam 1-2 jam

Cara-cara:

  1. Masak banyak2 nanti senang nak makan boleh panaskan je. Biarkan kulit sebab itu minyak semulajadi (kita tak pakai minyak).
  2. Masukkan dalam non-stick pan or magic pan, panas yang medium dan bakarkan ayam tadi sehingga masak.




MASAK GULAI DAGING KELANTAN GULAI KAWAH

CINTA NAN SARI

CINTA NAN SARI


Bahan-bahan:

½ kg daging lembu tempatan
6-8 biji bawang merah
2-4 ulas bawang putih
1-2 cm lengkuas
2 sudu besar biji ketumbar
2 keping asam gelugor
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3-5 biji kentang
1-2 paket kecil rempah gulai (boleh beli di Pasar Borong)
3 sudu besar kerisik
2 biji cili hijau (kalau nak tambah pedas)
2-3 sudu gula melaka
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong daging melintang urat dan nipis-nipis supaya mudah empuk. Bersihkan, kemudian toskan. 
  2. Goreng tanpa minyak biji ketumbar dan blend.
  3. Blend lengkuas, bawang merah dan bawang putih bersama ketumbar.
  4. Potong 4 or 6 ubi kentang (ikut saiz ubi kentang).
  5. Rebus daging dengan air biasa dan masukkan bahan tumbuk bersama rempah gulai, Masak sehingga naik bau.
  6. Masukkan santan cair, kentang dan asam keping dan masak sehingga daging empuk. Boleh tambah air jika mahukan lebih kuah.
  7. Masukkan santan pekat dan kecilkan api. 
  8. Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga menggelegak untuk bagi kentang empuk. jangan lupa kacau sekali sekala untuk elakkan hangit.
Nak pedas lagi boleh masukkan cili hijau selepas masak semasa nak dihidangkan!

RESEPI MUDAH DAN RINGKAS NUTTELA CREPE


Bahan-bahan:

1 cawan fresh milk 
1/2 cawan santan cair
1/4 tepung gandum
1/4 tepung jagung
1/4 tepung ubi
1/4 tepung kastard
1/2 cawan air (tambah air sikit2 untuk tepung sebati)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (size besar) / 2 biji telur (size kecil)
1 sudu kecil baking powder
garam secubit

Cara-cara:
1. Gaul semua sampai sebati dan tapis semua tepung untuk dapat crepe yang halus dan cantik. 
2. Masukkan telur yang telah dipukul sebati ke dalam tepung dan gaul.
3. Guna non-stick pan. Panaskan perlahan dan sapukan minyak denga  tisu paper secara nipis.
4. Guna senduk besar dan ceduk campuran tepung crepe tadi masukkanke dalam pan. Lenggangkan sehingga ukuran crepe sekata.
5. Tak perlu terbalikkan sebab crepe nipis mudah dan cepat masak. Ulang sampai siap.
6. Boleh sapu nuttela selang-seli dengan crepe. Ready untuk dimakan!

Thursday, November 7, 2019

Tips Mudah Temuduga Biasiswa PhD | PHD SCHOLARSHIP INTERVIEW TIPS


PHD SCHOLARSHIP INTERVIEW TIPS

Pengalaman temuduga untuk PhD scholarship
Tips mudah!


Tips to ace a PhD scholarship interview

You’ve been invited for a PhD interview? Congratulations! You finally get selected for an interview! Consider yourself lucky when the admission unit considers you appropriately qualified and academically capable of doing a PhD in their programme. 

Saya menggunakan ayat-ayat mudah bagi readers lebih faham. My experience maybe tidak sama dengan yang lain. Ada juga interviews yang saya tidak dapat. Saya juga pernah mencuba MARA Scholarship sampai ke final interview tapi tidak berjaya. Ini adalah perkongsian pengalaman untuk JPA Scholarship. Alhamdulillah I got it! Apa jua sesi interview untuk akademik adalah sama, apa yang penting adalah kita perlu berusaha. Rezeki ada di mana-mana!

Now it is time to get serious. 


Cinta Nan Sari

My girl at her school Excellence Awards Day!


How to Prepare for a PhD Interview


Applying for scholarships is extremely competitive, so it is important that you prepare for this interview. What will you be asked? Common questions as follows:

Why do you deserve this scholarship? 

Tell us about yourself.  

Why we should choose you instead of others? 

Share with us your draft proposal.



Prove that you have the right aspirations and approach to work on for three to four years. You’ll also need to make it clear that this is the right university for you! Here are general tips for preparing and during the interview:





1. JUST BE YOURSELF!



2. KNOW YOUR STUFF!




Pengalaman saya semasa attended the interview.. macam biasa ada 3 orang panel. Seorang wakil dari pihak penaja, seorang bekas penjawat awam dan seorang lagi adalah Prof Dr pensyarah (senior lecturer) dari universiti awam. Mungkin disebabkan saya memohon scholarship from government, so wakil government yang terlibat pada sesi ini. Hebat2-hebat para juri dan semuanya baik-baik belaka untuk membantu kita.. Jangan takut. Mereka yang jadi panel ni pasti telah mempunyai banyak pengalaman. Actually, sesi temuduga telah bermula apabila kita mula melangkah masuk ke bilik interview. They will know whether kita layak or not for the scholarship dengan cara kita masuk ke bilik temuduga. Pasti ada yang nervous. Ada yang kelam kabut. Ada yang yakin dan tenang serta sebagainya.. Apa yang penting adalah to be yourself dan yakin dengan diri. Itu juga yang saya buat.. saya telah memberikan yang terbaik dan seterusnya bertawakal.

Semasa sesi temuduga diadakan, saya terdetik mungin saya still dalam kategori muda. So harapan untuk berjaya mungki tidak tinggi. Lebih-lebih lagi sesi interview ini adalah untuk level PhD. Ramai yang hadir bersama saya adalah majoritinya level bos dan pegawai-pegawai berjawatan tinggi...  saya pula adalah pegawai muda yang masih dan sedang mencari peluang dalam mengejar cita-cita untuk belajar ke peringkat kedoktoran. Walau bagaimanapun, saat itu saya amat yakin dengan kertas cadangan kajian yang akan saya bentangkan kepada para panel juri..

Ini adalah pengalaman saya. Orang lain maybe mempunyai dan melalui pengalaman yang berbeza. Saya bukanlah seirang yang hebat namun saya berharap dengan perkongsian ini dapat mengurangkan rasa resah dan gelisah anda dalam menghadiri intervuew seperti ini pada masa akan datang..

Apa jua yang saya tulis ni adalah dari my personal experience dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat.

(1) Saya sediakan semua documents yang perlu untuk reference para panel, saya susun dengan kemas dan teratur bagi memudahkan para panel untuk rujuk walaupun pihak urusetia tidak menyatakan keperluan untuk menyediakan dokumen tersebut. Bagi saya ini adalah penting sebagai bukti terhadap kejayaan dan pencapaian yang telah kita capai semasa kita memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang kita bersama para panel.

(2) Sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga, saya ketuk pintu terlebih dahulu dengan bunyi ketukan yang biasa (tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat). Seterusnya disusuli dengan ucapan salam dan selamat sejahtera. Ini adalah kerana terdapat seorang panel berbangsa Cina dan dua orang panel lagi adalah berbangsa Melayu. Saya akan memandang wajah-wajah para panel samada menyuruh saya duduk atau perkenalkan diri atau ters kepada pembentangan kertas cadangan kajian... Panel meminta saya untuk mengambil tempat duduk dan memperkenalkan diri.  Apabila panel minta duduk, saya membalasnya dengan ucapan terima kasih.. "Thank you, Dato". (Beliau menunjukkan riak wajah sedikit terkejut apabila saya membahsakan diri beliau dengan panggilan "Dato". Beliau bertanya, "Do you know me?" Saya mula memecahkan suasana formal tersebut dengan sesi yang lebih selesa namun tidak terlalu casual... Saya senyum dan menyatakan saya telah meminta nama-nama para panel untuk sesi saya di bilik ini dari pihak urusetia bagi memudahkan saya untuk menggunakan panggilan yang betul. Sekiranya saya tidak mengenali nama-nama mereka, maka saya hanya akan menggunaka panggilan "Tuan" atau "Sir" bagi panel lelaki dan "Puan" atau "Madam" sekiranya panel wanita yang terlibat. Semasa saya sedang menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya telah berjumpa denga pihak urusetia dan meminta kebenaran untuk mengetahui secara ringkas mengenai biodata para juri yang akan menemuduga saya. Saya dimaklumkan terdapat 3 orang panel, panel pertama merupakai pegawai tinggi kerajaan yang masih berkhidmat, panel kedua merupakan bekas pebjawat awam dan panel yang ketiga adalah pensyarah kanan dari Universiti terkemuka tempatan.

(3) First question from the panelists was about myself... "Please tell us about yourself". When they asked me in English, then automatically I responded in English. The second question was in Malay. Then I replied the said question in Bahasa Melayu. For the first question, my answer started with my working background then some summary of my education background. This is very important for me to highlight about my strength and my achievements in order for them to continue the session by asking me more about myself. Also crucial for us to inform them who we are and we are among the best candidates who were being selected for this final interview. But don't over do it! Make it very gentle and professional. More easier for me to answer if they want to know more about me. Will be definitely hard for me to explain if they wanted to know more about my research paper! 
Soalan kedua sedikit mencabar.. "kenapa kami perlu luluskan proposal paper kamu berbanding dengan peserta lain?" Saya meyusun indah Bahasa Melayu saya untuk memberi jawapan yang terbaik bagi soalan tersebut.. "Terima kasih kerana memberikan saya peluang bagi menyatakan kepentingan cadangan kertas kajian saya ini untuk diluluskan..... " Saya sememangnya bersemangat dalam berkongsi hasil kerja saya bersama para panel yang bijaksana dan arif mengenai kerja-kerja penyelidikan tersebut.. kerana bagi saya, mereka lebih memahami daripada saya yang bukan dari seorang penyelidik. Pendapat dan komen mereka amat penting bagi saya menambahbaik kertas cadangan saya tersebut sekiranya tidak berjaya pada sesi kali ini dan boleh dicuba lagi untuk sesi akan datang.

Pada pendapat saya, pengalaman bekerja selama 7-10 tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke tahap PhD adalah penting. Namun ini tidak terpakai kepada pensyarah kerana kerja seorang guru atau tenaga pengajar, mereka akan sentiasa menuntut ilmu untuk memberi yang terbaik kepada pelajar. Tetapi, bagi kita yang bekerja selain dari sebagai seorang pendidik, adalah wajar untuk kita mengetahui terlebih dahulu sedalam-dalamnya isu atau masalah yang ingin dikaji berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita semasa bekerja apabila terlibat dalam sesuatu situasi, dasar, isu, peraturan dan sebagainya. 'Problem statement" dalam kajian anda akan menjadi lebih jelas dan cerita serta hrapan terhadap permasalahan yang ingin anda bentangkan atau sampaikan adalah lahir dari hati dan pengalaman anda sebagai pemerhati terhadap sesuatu isu yang ingin dikaji.

Namun ia masih boleh diteruskan walaupun anda seorang fresh graduate atau tidak mempunyai pengalaman kerja dan selepas menamatkan sarjana terus menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Tiada halangan untuk meneruskan perjuangan ilmu dengan kerajinan dan usaha.

Komen di bawah jika inginkan sambungannya..







Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Any downloadable file, including but not limited to pdfs, docs, jpegs, pngs, is provided at the user’s own risk. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages resulting from a corrupted or damaged file. Comments are welcome. However, the blog owner reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice. The blog owner is not responsible for the content in comments.

This blog disclaimer is subject to change at anytime.